Hadith #1

Makanan sunah banyak khasiat tersembunyi.



Monday, November 29, 2010

Doa-doa Am Sebelum Solat/ Selepas Azan

Adalah menjadi satu amalan yang sangat mustahab untuk melaungkan azan dan iqamah sebelum solat wajib harian. Di antara azan dan iqamah, seseorang itu boleh sujud, duduk dan bacalah doa ini:


“Ya Allah, jadikanlah hatiku lembut, hidupku makmur dan berikanlah aku rezeki yang berterusan, dan tetapkanlah bagi ku tempat di sisi kubur Nabi(sawa) untuk aku tinggal dan berehat dengan rahmat Mu, Wahai Yang Maha Pemurah Lagi Pengasihani”

Kemudian, mintalah apa sahaja hajat, kerana hajat antara Azan dan Iqamah tidak tertolak.

Doa Sebelum Takbiratul Ihram
“Aku hadapkan muka ku kepada Dia yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan ku berserah diri,  terhadap Umat Ibrahim dan Muhammad serta petunjuk Amirul Mukminin- dan aku bukanlah dari kalangan musyrikin. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiadalah sekutu baginya. dan aku telah diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang yang berserah diri. Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang-orang Muslim.


Punca di sini


No comments:

Post a Comment

Doa Menenang Hati

Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri ialah;

  • Surah Al-Inshirah
  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”


ujianpac 300x110 Persediaan PAC Julai 2009: Checklist
Bacalah dua ayat di atas sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh.