Hadith #1

الدعاء مفتاح ا لرحمة وا لو ضوء مفتاح الصلاة وا لصلاة مفتاع الجنة

Doa adalah kunci rahmat, dan wudhuk adalah kunci solat,
dan solat adalah kunci syurga.




Saturday, February 23, 2013

Khatamun Nubuwwah

~ SERTA wiridnya Wirid & Jurus Khatamun Nubuwwah ~




Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi saw sedang berada di Hijir Ismail ( Baitullah)..datang malaikat Jibrail as dan Mikail as, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi saw dan dibasuh jantung nabi saw dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah saw dengan Khatamun Nubuwwah..

Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan (seperti urat), kelilingnya itu ada bulu-buluan (bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab Al-Mawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,

"Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad, HambaNya, RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau" (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula, “Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”


Disokong dengan Hadith..

Berkata hadrat Imam Thirmizi RA, barangsiapa berwudhu’ lalu melihat ia (ini khatam) diwaktu subuh, nescaya akan dipelihara akan dia ALLAH Taala sampai petang. sesiapa melihat ia di waktu maghrib, nescaya memelihara dia akan ALLAH Taala sehigga waktu subuh, dan barangsiapa melihat ia ketika awal bulan (nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir bulan, dan barang siapa melihat ia akan awal tahun (nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir tahun dari bala dan bencana, dan barangsiapa melihat ia ketika bermusafir, nescaya jadilah safar itu diberkati ALLAH Taala keatasnya, dan barangsiapa mati pada demikian tahun, mengkhatamkan (mengakhirkan) oleh ALLAH Taala baginya dengan iman bahkan aku (Tharmizi) berharap akan ALLAH Taala, bahawasanya barangsiapa melihat ia (ini khatam) dengan benar cintanya akan Nabi SAW, dengan kepercayaan iman yang benar, dengan umurnya yang satu sahaja, memelihara ALLAH Taala akan seluruh apa yang tidak disukai sampai ia bertemu akan ALLAH Taala. (syarah Barzanji m/s 52)

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:

“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW.  Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda.” (H.R Bukhari)

Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.


AMALAN

Dari ayahandaku. Bahawasanya ketika beliau mengambil Ijazah Selempang Merah dari KIYAI SALLEH @ Panglima Salleh, Muar. Beliau telah diijazahkan juga sekali amalan zikir Khatamun Nubuwwah ini. Kemudian selepas berjumpa guru-Nya yg lain, yang Hafiz lagi Alim, guru tersebut telah menambah BISMILLAHIL AZIZIL QAHHAR untuk dibacakan sebelum memulai zikir ini.

Amalan zikir ini jika diamalkan ia, seseorang itu boleh menjadi kebal. Dan boleh juga digunakan untuk merawat diri sendiri dari segala penyakit dengan menukarkan zikir ini kepada JURUS KHATAMUN NUBUWWAH...





Sumber: http://lading-emas.blogspot.com/


1 comment:

  1. http://usahawan-tegar.lifeme.net/

    ReplyDelete

اللهم صل على محمد وآل محمد وعجل فرجهم الشريف ورحمنا بهم يا كريم

Dua Joushan Kabeer - دعاء الجوشن الكبير

دعاء الحزين

دعای قبل از کمیل

دعاء جميل جدا

دعاء الصباح للأمام أمير المؤمنين علي عليه السلام

احلى صوت في القرآن

نور آل محمد ص

دعاء كميل - ميثم التمار#1

دعاء كميل - ميثم التمار #2

دعاء كميل - ميثم التمار #3

دعاء كميل - ميثم التمار #4

Doa Ahad

اجمل صوت قارى للقران (نسخة معدلة )

القرأن الكريم طفل معجزة اجمل ماسمعت اذني اشبال القران

Du'a al-Iftitah - ابا ذر الحلواجي

Doa Menenang Hati

Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri ialah;

  • Surah Al-Inshirah
  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”


ujianpac 300x110 Persediaan PAC Julai 2009: Checklist
Bacalah dua ayat di atas sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh.

Tawassul Flipping