Hadith #1

Makanan sunah banyak khasiat tersembunyi.



Thursday, May 3, 2012

Wirid untuk menghindarkan Perzinaan


Imam Ghazali rahimahullah telah mengajar bagaimana berwirid membaca ayat-ayat ini setelah selesai sembahyang bagi melawan godaan syaitan agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan melakukan penzinaan dan maksiat. Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk menghilangkan bayangan wanita atau lelaki dan dorongan ke arah perbuatan keji dan jatuh cinta pada wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang tidak berakhlak.

Ayat-ayatnya adalah :

1) Ayat 27 Surah Ibrahim
8a2ed566.jpg
c3fbd21e.jpg


Ertinya:
“Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat ; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.”

2) Ayat 74 Surah Al-Israa’
563d2c3f.jpg


Ertinya;

“Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.”

3) Ayat 45 Surah Al-Anfaal.
62ac601f.jpg
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan do’a) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

No comments:

Post a Comment

Doa Menenang Hati

Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri ialah;

  • Surah Al-Inshirah
  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”


ujianpac 300x110 Persediaan PAC Julai 2009: Checklist
Bacalah dua ayat di atas sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh.